Thursday, July 14, 2011

Ujian Ilahi

Kali ni dah kali kedua aku diserang kencing kotor. demam urat tu dah yang keberapa kali pun aku tak ingat. kesihatan aku betul-betul merosot lepas keguguran ni. aku hairan betul, rasa dah makan ubat yang doktor sarankan. tambah pulak gamat healin sebagai supplement tambahan. aku ambik vitamin C sekali untuk elakkan sembelit.

Hari tu aku alami kesakitan yang amat sangat masa nak buang air. Masa buat urine test, aku terkejut sangat bila tengok urin berdarah. Tahap kotoran yang tinggi. 2-3 hari makan ubat aku jadi mual-mual. Badan lemah dan menggigil. Aku risau jugak kalau tiba-tiba pregnant. Bila test, negative. Aku pun ambik keputusan pergi semula ke klinik. Doktor sahkan aku alahan pada antibiotik. Terpaksalah dia ganti dengan antibiotik lain yang lebih power. Alhamdulillah, 3 hari kemudian setelah buat urine test kedua, semua dah clear dan bersih.

2 minggu lepas aku kena kencing kotor lagi. Kali ni tak berdarah, tapi sakit perut dan pinggang yang teramat sangat. Rasa macam nak putus pinggang aku. Automatik demam dan menggigil. Terus suami bawak pegi emergency. Dah dapat cucuk 1 jarum, baru la lega sikit. Hari semalam last aku makan ubat. Harap-harap lepas ni aku akan sihat seperti sedia kala.

Aku tahu ini semua ujian Ilahi untuk uji tahap keimanan aku. Berdosanya aku disaat aku kesakitan yang tak tertanggung, sempat lagi aku berdoa semoga Allah cepat ambil nyawaku kerana kesakitan yang amat sangat. Ampunilah dosaku ya Allah. Ameen...

No comments:

Post a Comment