Tuesday, July 26, 2011

Kurma Nabi (Yusoff Taiyob)

Assalamua'alaikum permula bicara. Alhamdulillah, minggu depan kita akan sama-sama meraikan bulan Ramadhan yang mulia. malam tadi aku dan suami pergi ke Carefour East Coast Mall (ECM), Kuantan untuk beli barang-barang dapur.




bila lalu je kat rak kurma, mula la terliur tengok macam-macam jenis kurma. mula-mula aku ambik yang biasa aku makan tiap-tiap kali ramadhan.




tiba-tiba ternampak kurma nabi, paket kecik je. tengok kat rak, harga RM6.89 tak silap saya. wah, murahnye. teringin nak rasa. ambik satu untuk kami suami isteri, satu untuk mak, satu lagi untuk mertua. ok la tu, boleh sama-sama rasa. yummy... tak sabar nak bagi kat mak :-)


tapi....


bila dah bayar semua barang, kenapa sampai cecah RM252.05 ni?apa aku beli yang mahal sangat. rasanya paling mahal pun sabun ekonomi handalan aku je. ish, takleh jadi ni. tadi masa punch harga, aku tinggal suami aku kat kaunter sorang-sorang sambil aku bergegas cari 2 tin susu cair yang lupa nak ambil.


sambil turun eskalator, terkejut berukk aku bila tengok harga kurma nabi tu RM38.99. mak oiii, patut la sampai 200 lebih aku kena bayar. rupanya kurma 3 paket je pun dah RM116.97. aku dan suami terus la ke kaunter pertanyaan. bila diselidik, memang salah pihak diaorang. nasib baik boleh pulang balik kurma tu dan dapatkan semula duit aku. fuhh, lega. petang ni kena pegi cari kurma lain la untuk bawak balik kampung minggu ni. moral of the story, jangan percaya 100% pada harga yang ada pada rak barangan. kena scan dulu da...huhu..


apa-apa pun, aku kena la simpan hasrat nak makan kurma nabi tu dulu. nanti mak aku nak pegi haji, dia boleh wat balik kat aku kurma tu. InsyaAllah..


Apa sebenarnya sakitku *_*

hari khamis lalu 21.7.2011 aku diserang sakit pinggang yang teruk. hari tu aku puasa. mulanya ingatkan sakit pinggang biasa sebab seharian duduk je ngadap komputer. balik je rumah, masa masak untuk berbuka sakit tu makin kuat & menjadi-jadi. aku gagahkan diri jugak siapkan juadah berbuka puasa.siap je masak terus aku terbaring. terpaksalah suami aku yang hidangkan makanan untuk berbuka.

malam tu sakit pinggang aku merebak ke seluruh badan. terasa sengal & menyucuk-nyucuk seluruh badan sampai aku diserang demam pula. malam tu aku tido tak lena, asyik terjaga je. esok pagi suami bawak pegi klinik kesihatan. suami terpaksa papah aku sebab kaki dah tak kuat. teruknya aku bila kena naik tangga untuk buat urine test. hasil ujian doktor cakap kencing kotor sikit je dan aku kurang air. doktor cuma bagi panadol & ascrobic acid 'vit. C' 100mg kat aku. bila makan panadol aku berpeluh-peluh. tak lama lepastu demam datang balik. sejuk dan sakit hanya Tuhan yang tahu.

hari sabtu malam, badanku menggigil dan ketar yang teruk. suami jadi takut. dia bawak aku ke emergency. kat sana doktor ambik darah dan buat urine test. susah nak cari vein aku, halus sangat. doktor suspek aku batu karang sebab sakit perut membawa ke belakang pinggang. doktor juga suspek aku denggi sebab demam aku tinggi dan terketar-ketar. aku juga kena kencing kotor buat kesekian kalinya. aku kena minum 3liter air. aku tak mampu. uwaaa... banyaknye ubat. doktor mintak datang semula hari isnin untuk ujian kedua.

lepas dah selesai ambik ubat, kami pun gerak nak balik. suami minta aku makan sikit roti sebab seharian aku tak dapat sentuh makanan. aku cuma dapat jamah beberapa suap, tu pun dibantu dengan air. memang susah nak telan dan mulutku amatlah pahit macam ubat. selesai je makan, terus tersembur najis aku. aku cirit. tak dapat kawal. habis kusyen kereta. nasib baik ada lapik. aku sedih, suami aku cakap takpe. kat rumah pun sekali lagi aku tercirit tanpa dapat dikawal. terpaksa la suami aku yang basuh seluar baju aku. aku cuma terlantar je.

hari ahad cuma terlantar sakit. makan & minum yang amat menyiksakan. aku menangis. aku tak dapat makan & minum sebab mulutku terlalu pahit & loya. suami paksa jugak aku ambik makanan sikit. lepas makan aku masuk tandas lagi. lembik dah aku ni, jalan pun terpaksa paut kat dinding, kalau tak tumbang.

hari isnin, aku ke hospital lagi. lagi sekali nurse susah nak ambik darah sebab susah nak cari vein. terpaksa dia ambik cara baby dengan masukkan jarum dan tadah je darah tu dengan bekas. lepastu aku minta masukkan air sebab dah tak berdaya. lagi sekali kena cucuk kat vein yang sama. tapi depan sikit. jarum tergentang atas sendi. kena la straightkan tangan je. bila doktor mintak ambik kencing, susahnye nak buat sambil bawak botol air yang bersambung dengan wayar kat tanganku. salah gerak sikit akan sakit sebab jarum atas sendi antara tangan & lengan. setelah bersusah payah, aku bagi kat sister. tapi malangnya, botol urine aku hilang. aku terpaksa ulang semula ke tandas. darah pun masuk la dalam wayar air tu bila dah banyak gerak. sakitnye.

doktor scan aku, dia cakap nampak normal. semua result aku ok. kencing, darah, ultrasound, tekanan darah, gula dalam darah. semua ok. apa sebenarnya sakit aku. doktor minta aku tunggu sampai air dalam botol kedua habis sebelum balik memandangkan aku tak nak masuk wad. tapi malangnya, atas kecuaian nurse, dia cakap dah boleh cabut dan jumpa doktor. bila aku cakap macam yang doktor bagitau, dia cakap doktor suruh habiskan botol pertama je. muka pun tak nak senyum. lepas cabut je jarum, aku jumpa doktor. doktor terkejut bila aku cakap air belum habis nurse dah cabut. tapi dia tak boleh nak buat apa sebab takkan la nak cucuk aku buat kali ke tiga. dah la bekas ambik darah masa hari sabtu kat tangan kanan hari tu pun masih bengkak lagi. doktor cuma bagi garam je suruh aku minum.dia juga bagi aku MC 2 hari.

hari ni rabu 27.7.2011 aku kembali kerja. aku cuma ambik antibiotik je memandangkan ekin bagitau, terlebih makan ubat nanti dikhuatiri effect pada buah pinggang pulak. aku takut memandangkan memang area tu pun aku sakit. sampai sekarang aku masih fikir, apakah sakit aku. doktor pun tak dapat kesan. tapi badanku tetap jugak rasa lemah. kepala dah takde bunyi berdesing sangat dah. tapi badan ni sekejap ok, sekejap panas balik. Ya Allah, sembuhkanlah hambaMu ini..Ameen..

Wednesday, July 20, 2011

Ku Keliru <*_*>

aku keliru & sungguh buntu...benarkah salahku? memang berat bila pikul amanah ni... aku kena buat bayaran kat ofis, tersalah nombor akaun. aku pun tak faham macamana boleh tersalah sedangkan tiap kali buat keje, mesti aku akan check sebanyak 3 kali data yang aku simpan dalam sistem. adakah salah aku atau sistem yang bermasalah...

semalaman aku fikirkan masalah ni. nasib baik CC tak marah. dia cakap, biasala kita manusia takkan lari dari kesilapan. aku akui apa yang CC cakap, tapi sedikit ralat, dalam check2 pun, masih jugak ada kesilapan. ye, sekarang aku sedar, kita sebagai manusia takkan sempurna. kerja mesti ada cacat celanya walaupun kita berusaha untuk mengelakkan kecacatan tersebut. sesungguhnya kesempurnaan itu hanyalah milik Allah.

namun aku bersyukur kerana berjaya selesaikan masalah tersebut dengan AG. terima kasih kepada Cik Fara yang tak lekang senyuman dibibir, sanggup tolong aku selesaikan masalah ni. dia janji petang ni, duit tu akan masuk dalam akaun pegawai tersebut. baru la tenang hati ni. kalau tak, dari pagi tadi aku gelisah, nak buat keje pun jadi serba tak kena. sesungguhnya aku takutkan kesilapan.

Terima kasih ya Tuhan <^_^>

Tuesday, July 19, 2011

Bersalahkah aku???

sejak berpindah tempat kerja ni, aku jadi dalam dilema pulak. bersalahkah aku???

aku heran betul, kenapa la sekarang ni mudah sangat nak tido. asyik mengantuk je. balik keje je, lepas letak kain dalam mesin basuh & masak, terus mata rasa nak terkatup. Siap je makan & kemas dapur, rasa nak tido je. cepat-cepat aku pegi iron baju & solat isyak. aku suka solat jemaah dengan hubby. tapi time doa tu, mulut je amin, tapi mata dah pejam. tension hubby aku. bersalahkah aku???

dah siap solat tu, nak buka mata pun rasa payah. hubby suruh temankan dia tengok tv.ada masa aku boleh layan & temankan dia sambil lipat baju. ada masa aku lena dengan baju2 tu sekali. kesian betul suami aku takde orang temankan. salahkah aku???

petang semalam rasa penat balik keje & tak masak. dah lama tak ngaji. tapi malam tadi sempat pulak buka naskah Al-Quran. lega rasanya dapat baca ayat suci Al-Quran. dah siap tu teringin nak makan mi bandung, puas la hubby bawak pusing bandar cari kedai yang jual mi bandung. walaupun mi bandung kat situ tak sedap, tapi aku terima je sebab betul-betul terharu suami aku susah payah bawak aku rempit pusing bandar semata-mata nak cari mi bandung. balik je, atas moto aku dah lentok. mata tak boleh buka. sampai je rumah, terus iron baju, solat & tertido. kesian betul hubby kena lipat & sidai baju.salahkah aku??

walaupun hari-hari aku mohon maaf sebab tak mampu jadi isteri yang terbaik untuk dia, tapi dia tetap maafkan aku. aku harap aku dapat jadi isteri yang lebih baik. dapat jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. mungkin sekarang badan aku lemah lagi. aku berdoa agar dikuatkan diri ini untuk terus menempuhi mehnah dan ujian yang mendatang.

Sunday, July 17, 2011

Floria VS KPDNKK ???

hmm...aku beria-ria benar nak pegi floria putrajaya. tambah-tambah lagi bila tau tema tahun ni roses...owh..i like roses. tak sabar betul nak pegi putrajaya. padahal 16 haribulan tu, adik kesayangan bertunang kat rawang. selesai je majlis tunang, tanpa berlengah lagi terus je ajak hubby, k.long, abang, akak ipar & anak-anak sedare pegi kat floria. begitu teruja bila dapat pegi.

bila sampai je, tak lekang mulut ni sengih memanjang bila tengok bunga. sampai hubby pun dah kena tinggal kat belakang. masing-masing pakat bergambar. anak sedare aku ni pulak lansung tak bagi chance kat aku nak berkepit dengan hubby. dia pulak yang asyik tarik tangan aku ke sana ke sini. mak ayah dia pun dah tak tau ke mana. tapi dari segi pemerhatian aku, aku sedikit hampa memandangkan taman pada tahun ni tak secantik tahun 2010. cuma yang istimewanya ada roses kegemaran aku.

tak sabarnye nak tunggu malam...kenapa ye??? jeng..jeng..jeng...

ish, dah malam...nak pegi tengok bunga api & bot berhias kat floria putrajaya. nasi dah masak, lauk tak masak-masak lagi. maklum la berkumpul semua ahli keluarga yang datang dari terengganu, pahang & 3 beradik di Dengkil. walaupun rumah tu kecik je, tapi berjaya la kami berhimpit-himpit makan berjemaah. kami makan dengan penuh harmoni. jam dah pukul 9 lebih.bila ni nak dapat tengok bunga api. adik beradik semua nak ikut. kena tunggu adik aku la pulak keluar pegi kedai tak balik-balik.aku dah gelisah. kak ilah aku dah lama pegi dengan husband & anak-anak dia. aku jugak la terkulat-kulat kena tunggu orang memandangkan kena tumpangkan acik yang sarat mengandung dgn anak-anak dia naik kete. masing-masing nak konvoi. pukul 10lebih baru dapat gerak dari rumah. nasib baik dekat je. tapi dah sampai, MasyaAllah, jem teruk. terpaksa la parking kat depan KPDNKK.

huhu..hati ni berkata-kata yang kami dah terlewat & bunga api dah lama pun habis. aku pulak tak tahan nak buang air. dalam jem macamtu, mana sempat nak cari tandas. aku pun terus pandang suami aku. jeng..jeng..jeng...kami dapat 1 idea. hubby tanya, ada bawak 'pas' tak?hmm...tertinggal kat kuantan la bang..macamana nak masuk KPDNKK tengah-tengah malam ni ye? dah nak terburai ni....

ha...dah dapat 1 idea. ikut jalan parking bawah. aku bukan niat tak baik pun. cuma tak tahan nak lepaskan hajat je. nasib baik aku tau selok belok bangunan tu memandangkan sebelum ni kan aku keje kat situ..hehehehe....

akhirnya aku berjaya jugak jumpa tandas. lega betul. tak lama lepastu adik aku mesej bagitau diaorang dah nak balik. rupa-rupanya bunga api dah lama habis. sedih betul. tapi akhirnya aku tergelak jugak. bukan apa, malam tu bukan dapat tengok bunga api. tapi dapat kembali ke ofis lama walaupun sekadar untuk buang hajat. sempat la aku ambik gambar kenangan dengan bangunan KPDNKK malam tu. selamat tinggal putrajaya. aku akan selalu merinduimu :-)

Thursday, July 14, 2011

Ujian Ilahi

Kali ni dah kali kedua aku diserang kencing kotor. demam urat tu dah yang keberapa kali pun aku tak ingat. kesihatan aku betul-betul merosot lepas keguguran ni. aku hairan betul, rasa dah makan ubat yang doktor sarankan. tambah pulak gamat healin sebagai supplement tambahan. aku ambik vitamin C sekali untuk elakkan sembelit.

Hari tu aku alami kesakitan yang amat sangat masa nak buang air. Masa buat urine test, aku terkejut sangat bila tengok urin berdarah. Tahap kotoran yang tinggi. 2-3 hari makan ubat aku jadi mual-mual. Badan lemah dan menggigil. Aku risau jugak kalau tiba-tiba pregnant. Bila test, negative. Aku pun ambik keputusan pergi semula ke klinik. Doktor sahkan aku alahan pada antibiotik. Terpaksalah dia ganti dengan antibiotik lain yang lebih power. Alhamdulillah, 3 hari kemudian setelah buat urine test kedua, semua dah clear dan bersih.

2 minggu lepas aku kena kencing kotor lagi. Kali ni tak berdarah, tapi sakit perut dan pinggang yang teramat sangat. Rasa macam nak putus pinggang aku. Automatik demam dan menggigil. Terus suami bawak pegi emergency. Dah dapat cucuk 1 jarum, baru la lega sikit. Hari semalam last aku makan ubat. Harap-harap lepas ni aku akan sihat seperti sedia kala.

Aku tahu ini semua ujian Ilahi untuk uji tahap keimanan aku. Berdosanya aku disaat aku kesakitan yang tak tertanggung, sempat lagi aku berdoa semoga Allah cepat ambil nyawaku kerana kesakitan yang amat sangat. Ampunilah dosaku ya Allah. Ameen...

Tuesday, July 12, 2011

Selamat Tinggal KPDNKK Putrajaya

Hikmah !!!...laung kak yong...berseri-seri sungguh muka kak yong kali ni...rosli kat sebelah dia pun senyum lebar...nampak ada pegang kertas kat tangan dia..apa agaknye ye...dah la nak pegi fotostat dokumen yang puan az mintak ni..hmm...berenti jelah kejap kat tempat diaorang..macam ada yang penting je nak bagitau...

Ye kak yong !!! ada apa?

Ni ha, ada surprise untuk hikmah..

Apa ni?

Surat pertukaran...kak yong pun dapat tukar Cyberjaya...

Waa...terpana, tak mampu nak kata apa-apa...
Seronok tak terhingga..nak jerit ke apa?
hehehehe...sengih macam kerang busuk jela..

Rosli pun ucap tahniah...terima kasih...

Ekin!!!nak bagitau ni..taraaa....nah, tengok ni...

Hikmah, tak aci, taknak kawan...huhuhu...hikmah nak tinggalkan ekin...tak suka...uwaa...
jangan la sedih kin, dah lama saya nak dekat dengan husband saya...

Ekin nangis...huhu :-(

Puan diyana, tengok surat saya....seronoknye...

Baik cepat fotostat dokumen yang puan az mintak, nak tunjuk surat ni kat dia....
Cik Az!!!(panggilan kepada puan az)
tengok ni, saya dah dapat tukar... <^_^>
ha?bila?? 27 Jun 2011? dah tak lama dah...
yes2...tak payah saya pening kepala dah lepasni..saya pun nak tukar unit perolehan dah 1 Julai nanti...kalau tak jenuh nak fikir sape yang sanggup duduk tempat awak nanti...sape yang nak jaga pejabat korporat tu...
Apa-apa pun...Tahniah !!!
terima kasih cik az... :-)
Ha...lagi satu, pastikan kerja-kerja semua beres dan nanti mintak tangguh 1minggu ye...
tolong ajar budak baru tu...
Baiklah cik az :-)

hmm...berkira-kira ni...nak tepon bagitau terus husband ke, nak tunggu dia datang baru wat surprise dulu ke...malam ni 'abang'(husband) nak datang...tapi dah tak sabar-sabar nak bagitau ni...ahh...kredit pulak nak abis...mesej jela..

"abang, kol sayang semula, ada berita baik nak bagitau kat abang"

Assalamua'laikum abang...
Waalaikummussalam sayang..ada apa tu?abang tak sabar nak tau ni...
Abang, sayang dapat tukar...baru je dapat surat...
Waa..betul ke?bila?kat mana?
betul bang, 27 hb 6 ni kat jabatan pertahanan awam pahang...
dah tak lama tu...Alhamdulillah...
abang tak sabar nak bawak balik sayang kat sini...
Ok, byebye sayang...Assalamua'laikum...

hmm...gembiranya hatiku...
makbul sudah doaku selama ini
tiap kali solat itu la doaku kepada Allah...
tak sabar nak sujud syukur...
Alhamdulillah..syukur di atas nikmatMu ya Allah...

Hari-hari yang berlalu amat memenatkan, aku terpaksa buat overtime sebab nak settlekan kerja-kerja yang tertangguh..aku taknak budak baru nanti tension dengan keje yang belambak..aku taknak dia stress macam aku dulu...biar dia belajar benda baru dengan tenang...
aduh, aku demam...ke hulu ke hilir uruskan pasal keluar kuarters...nasib baik ekin temankan..
Kesian ekin, takde tempat nak tinggal...aku puas tanya orang sape nak tumpangkan ekin...
Akhirnya ecah sudi bagi ekin tinggal dengan dia...lega aku...boleh la aku tinggalkan putrajaya dengan hati yang tenang...selagi ekin susah kat sana, aku pun jadi susah hati....
Ekin blaja la hidup berdikari kat sana ek...sekarang saya dah takde nak temankan ekin ke mana-mana...ekin pun kena blaja bangun awal..saya dah takde nak rempitkan ekin..huhu...

Sempat jugak belanja kawan-kawan makan nasi ayam..terima kasih kak ina tolong masakkan nasi ayam ni..sedaap sangat...

Minta maaf zahir batin kawan-kawan semua..mintak halal segala makan minum dan ilmu selama ni...doakan kesejahteraan saya kat tempat baru...

Selamat Tinggal KPDNKK Putrajaya...aku akan selalu merinduimu...

Urusan lapor diri amat memenatkan...

27hb Jun 2011....

Lapor diri di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya...aduh, penatnye berdiri tercegat kat luar...
lama berdiri baru dipelawa masuk dalam bilik mesyuarat...pegawai tu pun baru bagitau taklimat akan bermula pukul 10pagi..skrg dh 9pagi..hampir 1jam jugak la berdiri kat luar tadi..punya la nak cepat, tak sempat nak breakfast...apa-apa pun, ada masa lagi 1 jam ni, sempat la cari kafetaria jap...hmm..lega dapat makan...

10pagi, mana ni, tak muncul-muncul pun...dekat pukul 11pagi baru ada pegawai datang dan bagitau taklimat ni untuk freshie sebenarnye...geramnye..tapi dah terperangkap dalam bilik tu, terpaksa la dengar jugak..tapi aku tak lama sebab batuk aku makin menjadi-jadi..asyik ulang-alik ke tandas je nk ludah..huhu..penatnye...

Sekarang orang berebut-rebut nak ambik surat penempatan...baru 3 surat je yang baru siap...ada hampir 40 orang menunggu...Alhamdulillah, lega betul, surat aku dah siap sebab aku dah faks awal-awal lagi...boleh la terus balik..

Jam 3 petang orang BPH nak datang untuk clearance rumah...kena la tunggu...dah serah kunci terus pegi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kat Jalan Padang Tembak, KL untuk lapor diri dan mohon tangguh. Nasib baik kawan 'abang' dah tunjukkan jalan malam tadi. Jalan pun tak jem sangat...sampai kat sana terus je lapor diri dan permohonan tangguh pun diterima...

1minggu aku menumpang kat rumah akak dan abang aku kat Dengkil sementara nak lapor diri kat Kuantan...

Selamat tinggal KPDNKK Putrajaya...aku akan selalu merinduimu....

4 Julai 2011

JPAM Kuantan

Waa..jem giler jalan kat kuantan...sampai kat wisma persekutuan, ada 4 lif je...orang berebut-rebut nak masuk lif...kali ke 3 pintu lif buka baru la aku dapat masuk...tak reti nak rebut-rebut ni...tepat jam 8pagi aku terpacak kat tingkat 7....

Selamat datang JPAM Pahang..

Sempat jugak aku punch card..hehe
CC pun perkenalkan dirinya dan jugak staf-staf lain...
kat sini diaorang pakai uniform...kecuali kami anggota sokongan hanya diwajibkan pada hari rabu je..
sepanjang pemerhatian, kawan-kawan kat sini, EO dan pengarah semuanya nampak ok dan ramah..cuma aku ni je yang jenis lambat sikit nak sesuaikan diri...harap-haraplah mereka faham..
emm...dengan beban tugas, kat sini memang banyak bidang tugas...semuanya baru bagi aku..
dulu aku cuma duduk bawah unit gaji je..sekarang macam-macam tugas kewangan aku kena buat...takut dan gementar betul..semuanya nak kena belajar macam mula-mula masuk keje dulu...

Ya Allah, aku mohon padaMu agar dipermudahkan segala urusanku...

Semoga perkhidmatan aku ini diberkati oleh Allah Taala...

Ameeen....