Tuesday, July 26, 2011

Apa sebenarnya sakitku *_*

hari khamis lalu 21.7.2011 aku diserang sakit pinggang yang teruk. hari tu aku puasa. mulanya ingatkan sakit pinggang biasa sebab seharian duduk je ngadap komputer. balik je rumah, masa masak untuk berbuka sakit tu makin kuat & menjadi-jadi. aku gagahkan diri jugak siapkan juadah berbuka puasa.siap je masak terus aku terbaring. terpaksalah suami aku yang hidangkan makanan untuk berbuka.

malam tu sakit pinggang aku merebak ke seluruh badan. terasa sengal & menyucuk-nyucuk seluruh badan sampai aku diserang demam pula. malam tu aku tido tak lena, asyik terjaga je. esok pagi suami bawak pegi klinik kesihatan. suami terpaksa papah aku sebab kaki dah tak kuat. teruknya aku bila kena naik tangga untuk buat urine test. hasil ujian doktor cakap kencing kotor sikit je dan aku kurang air. doktor cuma bagi panadol & ascrobic acid 'vit. C' 100mg kat aku. bila makan panadol aku berpeluh-peluh. tak lama lepastu demam datang balik. sejuk dan sakit hanya Tuhan yang tahu.

hari sabtu malam, badanku menggigil dan ketar yang teruk. suami jadi takut. dia bawak aku ke emergency. kat sana doktor ambik darah dan buat urine test. susah nak cari vein aku, halus sangat. doktor suspek aku batu karang sebab sakit perut membawa ke belakang pinggang. doktor juga suspek aku denggi sebab demam aku tinggi dan terketar-ketar. aku juga kena kencing kotor buat kesekian kalinya. aku kena minum 3liter air. aku tak mampu. uwaaa... banyaknye ubat. doktor mintak datang semula hari isnin untuk ujian kedua.

lepas dah selesai ambik ubat, kami pun gerak nak balik. suami minta aku makan sikit roti sebab seharian aku tak dapat sentuh makanan. aku cuma dapat jamah beberapa suap, tu pun dibantu dengan air. memang susah nak telan dan mulutku amatlah pahit macam ubat. selesai je makan, terus tersembur najis aku. aku cirit. tak dapat kawal. habis kusyen kereta. nasib baik ada lapik. aku sedih, suami aku cakap takpe. kat rumah pun sekali lagi aku tercirit tanpa dapat dikawal. terpaksa la suami aku yang basuh seluar baju aku. aku cuma terlantar je.

hari ahad cuma terlantar sakit. makan & minum yang amat menyiksakan. aku menangis. aku tak dapat makan & minum sebab mulutku terlalu pahit & loya. suami paksa jugak aku ambik makanan sikit. lepas makan aku masuk tandas lagi. lembik dah aku ni, jalan pun terpaksa paut kat dinding, kalau tak tumbang.

hari isnin, aku ke hospital lagi. lagi sekali nurse susah nak ambik darah sebab susah nak cari vein. terpaksa dia ambik cara baby dengan masukkan jarum dan tadah je darah tu dengan bekas. lepastu aku minta masukkan air sebab dah tak berdaya. lagi sekali kena cucuk kat vein yang sama. tapi depan sikit. jarum tergentang atas sendi. kena la straightkan tangan je. bila doktor mintak ambik kencing, susahnye nak buat sambil bawak botol air yang bersambung dengan wayar kat tanganku. salah gerak sikit akan sakit sebab jarum atas sendi antara tangan & lengan. setelah bersusah payah, aku bagi kat sister. tapi malangnya, botol urine aku hilang. aku terpaksa ulang semula ke tandas. darah pun masuk la dalam wayar air tu bila dah banyak gerak. sakitnye.

doktor scan aku, dia cakap nampak normal. semua result aku ok. kencing, darah, ultrasound, tekanan darah, gula dalam darah. semua ok. apa sebenarnya sakit aku. doktor minta aku tunggu sampai air dalam botol kedua habis sebelum balik memandangkan aku tak nak masuk wad. tapi malangnya, atas kecuaian nurse, dia cakap dah boleh cabut dan jumpa doktor. bila aku cakap macam yang doktor bagitau, dia cakap doktor suruh habiskan botol pertama je. muka pun tak nak senyum. lepas cabut je jarum, aku jumpa doktor. doktor terkejut bila aku cakap air belum habis nurse dah cabut. tapi dia tak boleh nak buat apa sebab takkan la nak cucuk aku buat kali ke tiga. dah la bekas ambik darah masa hari sabtu kat tangan kanan hari tu pun masih bengkak lagi. doktor cuma bagi garam je suruh aku minum.dia juga bagi aku MC 2 hari.

hari ni rabu 27.7.2011 aku kembali kerja. aku cuma ambik antibiotik je memandangkan ekin bagitau, terlebih makan ubat nanti dikhuatiri effect pada buah pinggang pulak. aku takut memandangkan memang area tu pun aku sakit. sampai sekarang aku masih fikir, apakah sakit aku. doktor pun tak dapat kesan. tapi badanku tetap jugak rasa lemah. kepala dah takde bunyi berdesing sangat dah. tapi badan ni sekejap ok, sekejap panas balik. Ya Allah, sembuhkanlah hambaMu ini..Ameen..

3 comments:

  1. KOPI PENAWAR RUQYAH & KOPI DELIMA RUQYAH
    Assalamualaikum wbt.

    Alhamdulillah, kemudian alhamdulillah dan seterusnya alhamdulillah.
    Bersyukur kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan inayah dari-Nya dapat kita meneruskan perjuangan untuk mengabdikan diri sebagai hamba-Nya. Selawat dan Salam buat junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w. ahli keluarga baginda, serta seluruh sahabat dan ikutan.

    Alhamdulillah, pada tahun ini (2013) sekali lagi Pusat Rawatan Islam At-Tobibi menyerlah lagi dengan pengeluaran produk terbaru iaitu Kopi Penawar Ruqyah dan Kopi Delima Ruqyah. Kopi pracampuran ini adalah diruqyah sepenuhnya oleh pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi iaitu Al-Fadhil Ustaz Shamsuri Bin Shafie.

    Kopi pracampuran ini mengandungi lapan jenis pemakanan Sunnah yang mana ia merupakan makanan terbaik yang menjadi makanan para Nabi. Kopi Penawar Ruqyah merujuk kepada kopi pracampuran yang mengandungi lebih "Habbatus Sauda'" yang merupakan penawar segala penyakit kecuali tua dan mati.


    Gambar Kopi Penawar Ruqyah & Delima Ruqyah


    Manakala Kopi Delima Ruqyah mengandungi ekstrak pemakanan sunnah dan ia mengandungi lebih kandungan ekstrak delima. Delima yang merupakan buah yang baik untuk kesihatan jasmani yang diperkayakan dengan pelbagai vitamin untuk keperluan badan.

    Kedua-dua kopi pracampuran ini dibacakan ayat-ayat al-Quran yang dipilih khusus yang merupakan ayat-ayat sifa' dan doa-doa untuk kesihatan rohani dan jasmani. Kopi ini sesuai bagi mereka yang mengalami gangguan makhluk halus khususnya. Ia merupakan satu alternatif bagi yang tiada kesempatan masa untuk mendapatkan rawatan secara khusus. Selain itu, kopi ini juga sebagai "indicator" untuk mengetahui wujudnya gangguan di dalam diri seseorang. Ini kerana, mereka yang ada gangguan makhluk halus dalam diri mereka, kopi ini insya Allah memberi tindak balas.

    Ustaz Shamsuri Safie membaca ayat-ayat Ruqyah dan
    Ayat-ayat Sifa' ke atas ramuan kopi


    Kopi yang dirumus khas ini tidak memberi kemudharatan kepada mereka yang ada penyakit "diabetes" atau kencing manis.
    Antara Khasiat Kopi Penawar Ruqyah & Delima Ruqyah

    Sebarang maklumat lanjut berkenaan dengan kopi Penawar Ruqyah dan Delima Ruqyah ini, boleh hubungi Che Zawiah Che Haron +6737175006

    Jom cuba Kopi Penawar Ruqyah dan Kopi Delima Ruqyah.!!! insya Allah

    ReplyDelete
  2. sama mcm apa yg sy tgh alami skrg nie..puas google cari sakit ape.. mohon share ye sis..

    ReplyDelete
  3. Lebih kurang dgn saya alami skrg..sakit pinggang dah 2 bulan.badan letih je.selera makan hilang..g hosp doc ckp kencing kotor..lps seminggu dah ok..tp still sakit pinģgang lagi..pinggang makin sakit kalau makan ubat..takut dah nak makan ubat.harini makin sakit sbb makan panadol sbb rase nak demam..

    ReplyDelete