Monday, October 17, 2011

Aidilfitri Pertama Bersama Suami Tercinta

1 Syawal kali ni betul-betul berbeza dengan tahun-tahun sebelum...maklum la, tahun ni kali pertama aku beraya sebagai seorang isteri dan tahun ni jugak menuntut pengorbananku untuk beraya di rumah mertua....sedih hanya Tuhan yang tahu...

Perkhabaran yang aku terima, adik beradikku semua balik pada tahun ni...tahun ni merupakan kali kedua keluarga kami berkumpul selepas tahun 2005. Aku sedih sebab aku tak dapat beraya dengan mereka pada raya pertama, sebab memang impian aku untuk berkumpul bersama adik-beradik pada raya pertama macam tu. Tapi tak mengapa, bila suami minta beraya di rumah mak dan abah di Jengka, aku terima. Alasan dia, Long mungkin tak balik raya, adik dia pun tak pasti lagi...memandangkan mereka cuma 4 beradik je, aku beralah...tapi rupanya mereka semua balik beraya..hatiku memang sayu, tapi aku pasti, ada Hikmah disebalik apa yang berlaku...ini caranya untuk lebih mengeratkan lagi Ukhwah Kekeluargaan di antara aku dengan keluarga mertua....Lagipun, aku dapat merasa solat hari raya di Jengka 15 pula tahun ni...Terima kasih Tuhan...

Petang raya, mak dan adik beradik datang ziarah aku kat rumah mertua...seronok dapat cium mak...jeles pun ada bila dengar akak cerita aktiviti di pagi raya...lepas balik solat raya, mereka bersalam-salaman, pastu mak buat sesi bagi hadiah kepada anak menantu & kemudian ziarah kubur arwah ayah ramai-ramai....aku cemburu tengok gambar mereka...aku sorang je takde...keluarga aku besar...adik beradik 8 orang, menantu 7 orang, ada mak & anak saudara seramai 17 orang...meriahh... :-)

Seronoknye, malam tu aku dah dapat balik rumah mak pulak...mak pun bagi aku dan suami hadiah jugak, tapi tak rasa la meriahnya macam adik beradik lain...

Raya ketiga, mak, akak & adik anjurkan family day di Lata Meraung, Jerantut.... Family day ni dinamakan Family Day Sekretariat As-shafii '11 memandangkan nama ayah kami Shafii...dan yang paling istimewanya bagiku kerana bapa mertuaku bernama Mohamed Shafie...tapi aku dan suami bukan adik beradik ek :-P

Seronok dapat meraikan family day bersama keluarga...Aku doakan, pada tahun-tahun hadapan, kami dapat berkumpul lagi...ini impian aku demi keluarga yang aku cintai...



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


MAAF ZAHIR & BATIN



Shahizam Bin Mohamed Shafie


&


Nurul Hikmah Binti Shafii


Keluarga Mertua










FAMILY DAY SEKRETARIAT AS-SHAFII '11





Bonda tercinta


~bagi acara menyelam paling lama, saya memenangi tempat ke-2 :-D ~



mak bagi kami hadiah :-)



Kena jadi penjaga pada maryam bagi acara kutip gula-gula memandangkan mama dia kena berpantang kat rumah, baru lahirkan Ilham Fitri.



I'm d best...dapat rangkul 9 hadiah...





semangat kesukanan, sampai sanggup beli baju sama..hehe

Ilham Fitri

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi...akhirnya akak ku (acik) berjaya lahirkan anaknya yang ketiga...aku suka sangat-sangat...rasa macam timang anak sendiri pulak...suka betul aku riba dia...maklumla, kalau diizinkan Allah hari tu, aku juga bakal lahirkan baby yang lebih kurang sebaya dengan baby acik...tapi Allah mahu aku bersabar, anakku menungguku di syurga...


Angan-angan nak berpantang dengan acik, tapi acik kena pantang sorang-sorang jela...aku dah kena pantang bulan 4 hari tu dah sebab keguguran...baby aku takde jantung...dia tunggu aku kat sana....


Acik bagi nama baby dia Ilham Fitri sebab baby menjelang Aidilfitri...hehe...suka betul aku kat dia, comel sangat-sangat...dia tido pun aku kacau...baru-baru ni pegi melawat dia kat dengkil, boolat betul dia....harap-harap aku pun ada rezki menimang cahaya mata juga nanti...doa dari kalian memang diharap-harapkan...amin...

Thursday, August 25, 2011

BERBUKA DI PADANG KUANTAN

Petang semalam balik je kerja terus keluarkan ikan dari dalam peti & masukkan air dalam bekas nak bagi ikan tu cair air batu. Berkira-kira nak masak ikan tongkol. Tapi rasa penat je badan ditambah pulak kepala ni berat fikirkan kata-kata bidan yang aku pergi berurut minggu lepas. Aku kena cepat balik urut sebab perut aku keras & mungkin sebab ibu senggugut. kalau terlambat dia takut aku tak boleh ada anak sampai bila-bila. aku dah tak mampu nak menangis. nasib baik ada suami yang selalu hiburkan hatiku. dia ajak aku rilek-rilek dulu sambil sembang-sembang. suami ajak aku pergi beli barang keperluan raya malam nanti & bagi cadangan berbuka di luar. aku pun berlengah-lengah la tak payah nak masak. boleh rehat sikit. lepastu kami mandi dan solat asar berjemaah. sedar-sedar 5 minit lagi pukul 7.. kami pun terus bersiap & aku packing telekung untuk solat maghrib kat masjid nanti.

Aku teringat kawan-kawan kat office baru cakap-cakap pasal berbuka kat padang depan masjid negeri dibelakang office aku. aku pun heran, buat apa la nak susah-susah berbuka kat situ, macam pelik je. rupa-rupanya benda tu dah jadi budaya masyarakat di sekitar kuantan bila menjelang ramadhan. macam unik pulak aku rasa. so, kami buat keputusan nak berbuka kat situ memandangkan bazar pun kat sebelah padang dan lepas berbuka boleh terus solat kat masjid negeri.

Aku dan suami pun terus rempit naik motor, kalau naik kereta memang dah tak sempai. memang jem. sampai je tengok kereta-kereta parking berlapis-lapis. dah kena block kereta diaorang. kami pun menyelit-nyelit dan parking motor betul-betul depan masjid. terus la kami bergegas ke bazar dan beli air mineral dulu sementara nak tunggu pakcik kat gerai tu bungkuskan kami nasi hujan panas. Azan pun berkumandang, kami teguk air mineral sambil berdiri. dah dapat nasi kami, terus cepat-cepat kami dapatkan tempat kat atas padang.

Lautan manusia. memang nampak harmoni bila berbuka ramai-ramai. satu budaya baru yang aku dapat tengok. pertama kali aku tengok budaya berbuka beramai-ramai di tengah padang bola. biasanya aku tengok kat masjid-masjid atau majlis berbuka puasa je. suasana santai macamni memang bagus jugak bila tengok ibu bapa bawa anak-anak berbuka kat situ. lagi pulak lokasi bersebelahan je dengan masjid, boleh terus solat maghrib.

Aku beli nasi dua bungkus, tapi berkongsi satu bungkus je dengan suami memandangkan pakcik tu letak banyak sangat nasi. siap je makan terus pergi solat. tenangnye hati dapat berjemaah kat masjid. dah lama tak berpeluang berjemaah di masjid memandangkan aku selalu penat bila balik kerja. lepas selesai semuanya, kami terus pergi beli barang-barang keperluan. Alhamdulillah, semuanya berjaya kami perolehi. aku pun lega sebab semalam suami memahami aku yang dah kematian idea nak masak apa. memang nak masak ikan tongkol, tapi dah tak tau nak masak macamana. balik umah malam tadi aku pun buang semula air dalam bekas ikan tu dan masukkan dalam peti semula.

Ramadhan yang akan berlalu ini membuatkan aku sedih. Ramadhan kali ni begitu bermakna bagiku kerana hubungan kami suami isteri bertambah erat berkat Ramadhan yang mulia ini. Ku harap agar berkesempatan lagi untuk menjengah ke Ramadhan di tahun hadapan. Di sini ku sisipkan beberapa gambar lokasi aku berbuka puasa semalam. walaupun bukan gambar original aku ambil, tapi ia sebagai attachment je untuk tunjuk kat pembaca semua (^_^)


Bangunan yang tersergam indah ni adalah office aku (Wisma Persekutuan), tapi bukan semua tingkat. Office aku kat aras 7 (JPAM).



Luas jugak bazar ramadhan ni, tapi petang semalam tak sempat nak tawaf semua gerai memandangkan dah sampai semput-semput je masa nak berbuka.

Macamni la suasana kat padang menghadap ke masjid sementara nak tunggu waktu berbuka. masing-masing dah cari port masing-masing.

pemandangan dari atas, tapi macam aku pegi petang semalam rasa lagi ramai. seperti lautan manusia ;-)


selamat berbuka puasa semua


Allahumma lakasumna wabika amanna wa a'la rizqika aftorna birohmatika Ya Arhamarrohim


Allahumma barik lana fii maa rozaqtana waqina a'zaa bannar


Bismillahi a'la wabarokatillah


Amin....

Tuesday, July 26, 2011

Kurma Nabi (Yusoff Taiyob)

Assalamua'alaikum permula bicara. Alhamdulillah, minggu depan kita akan sama-sama meraikan bulan Ramadhan yang mulia. malam tadi aku dan suami pergi ke Carefour East Coast Mall (ECM), Kuantan untuk beli barang-barang dapur.




bila lalu je kat rak kurma, mula la terliur tengok macam-macam jenis kurma. mula-mula aku ambik yang biasa aku makan tiap-tiap kali ramadhan.




tiba-tiba ternampak kurma nabi, paket kecik je. tengok kat rak, harga RM6.89 tak silap saya. wah, murahnye. teringin nak rasa. ambik satu untuk kami suami isteri, satu untuk mak, satu lagi untuk mertua. ok la tu, boleh sama-sama rasa. yummy... tak sabar nak bagi kat mak :-)


tapi....


bila dah bayar semua barang, kenapa sampai cecah RM252.05 ni?apa aku beli yang mahal sangat. rasanya paling mahal pun sabun ekonomi handalan aku je. ish, takleh jadi ni. tadi masa punch harga, aku tinggal suami aku kat kaunter sorang-sorang sambil aku bergegas cari 2 tin susu cair yang lupa nak ambil.


sambil turun eskalator, terkejut berukk aku bila tengok harga kurma nabi tu RM38.99. mak oiii, patut la sampai 200 lebih aku kena bayar. rupanya kurma 3 paket je pun dah RM116.97. aku dan suami terus la ke kaunter pertanyaan. bila diselidik, memang salah pihak diaorang. nasib baik boleh pulang balik kurma tu dan dapatkan semula duit aku. fuhh, lega. petang ni kena pegi cari kurma lain la untuk bawak balik kampung minggu ni. moral of the story, jangan percaya 100% pada harga yang ada pada rak barangan. kena scan dulu da...huhu..


apa-apa pun, aku kena la simpan hasrat nak makan kurma nabi tu dulu. nanti mak aku nak pegi haji, dia boleh wat balik kat aku kurma tu. InsyaAllah..


Apa sebenarnya sakitku *_*

hari khamis lalu 21.7.2011 aku diserang sakit pinggang yang teruk. hari tu aku puasa. mulanya ingatkan sakit pinggang biasa sebab seharian duduk je ngadap komputer. balik je rumah, masa masak untuk berbuka sakit tu makin kuat & menjadi-jadi. aku gagahkan diri jugak siapkan juadah berbuka puasa.siap je masak terus aku terbaring. terpaksalah suami aku yang hidangkan makanan untuk berbuka.

malam tu sakit pinggang aku merebak ke seluruh badan. terasa sengal & menyucuk-nyucuk seluruh badan sampai aku diserang demam pula. malam tu aku tido tak lena, asyik terjaga je. esok pagi suami bawak pegi klinik kesihatan. suami terpaksa papah aku sebab kaki dah tak kuat. teruknya aku bila kena naik tangga untuk buat urine test. hasil ujian doktor cakap kencing kotor sikit je dan aku kurang air. doktor cuma bagi panadol & ascrobic acid 'vit. C' 100mg kat aku. bila makan panadol aku berpeluh-peluh. tak lama lepastu demam datang balik. sejuk dan sakit hanya Tuhan yang tahu.

hari sabtu malam, badanku menggigil dan ketar yang teruk. suami jadi takut. dia bawak aku ke emergency. kat sana doktor ambik darah dan buat urine test. susah nak cari vein aku, halus sangat. doktor suspek aku batu karang sebab sakit perut membawa ke belakang pinggang. doktor juga suspek aku denggi sebab demam aku tinggi dan terketar-ketar. aku juga kena kencing kotor buat kesekian kalinya. aku kena minum 3liter air. aku tak mampu. uwaaa... banyaknye ubat. doktor mintak datang semula hari isnin untuk ujian kedua.

lepas dah selesai ambik ubat, kami pun gerak nak balik. suami minta aku makan sikit roti sebab seharian aku tak dapat sentuh makanan. aku cuma dapat jamah beberapa suap, tu pun dibantu dengan air. memang susah nak telan dan mulutku amatlah pahit macam ubat. selesai je makan, terus tersembur najis aku. aku cirit. tak dapat kawal. habis kusyen kereta. nasib baik ada lapik. aku sedih, suami aku cakap takpe. kat rumah pun sekali lagi aku tercirit tanpa dapat dikawal. terpaksa la suami aku yang basuh seluar baju aku. aku cuma terlantar je.

hari ahad cuma terlantar sakit. makan & minum yang amat menyiksakan. aku menangis. aku tak dapat makan & minum sebab mulutku terlalu pahit & loya. suami paksa jugak aku ambik makanan sikit. lepas makan aku masuk tandas lagi. lembik dah aku ni, jalan pun terpaksa paut kat dinding, kalau tak tumbang.

hari isnin, aku ke hospital lagi. lagi sekali nurse susah nak ambik darah sebab susah nak cari vein. terpaksa dia ambik cara baby dengan masukkan jarum dan tadah je darah tu dengan bekas. lepastu aku minta masukkan air sebab dah tak berdaya. lagi sekali kena cucuk kat vein yang sama. tapi depan sikit. jarum tergentang atas sendi. kena la straightkan tangan je. bila doktor mintak ambik kencing, susahnye nak buat sambil bawak botol air yang bersambung dengan wayar kat tanganku. salah gerak sikit akan sakit sebab jarum atas sendi antara tangan & lengan. setelah bersusah payah, aku bagi kat sister. tapi malangnya, botol urine aku hilang. aku terpaksa ulang semula ke tandas. darah pun masuk la dalam wayar air tu bila dah banyak gerak. sakitnye.

doktor scan aku, dia cakap nampak normal. semua result aku ok. kencing, darah, ultrasound, tekanan darah, gula dalam darah. semua ok. apa sebenarnya sakit aku. doktor minta aku tunggu sampai air dalam botol kedua habis sebelum balik memandangkan aku tak nak masuk wad. tapi malangnya, atas kecuaian nurse, dia cakap dah boleh cabut dan jumpa doktor. bila aku cakap macam yang doktor bagitau, dia cakap doktor suruh habiskan botol pertama je. muka pun tak nak senyum. lepas cabut je jarum, aku jumpa doktor. doktor terkejut bila aku cakap air belum habis nurse dah cabut. tapi dia tak boleh nak buat apa sebab takkan la nak cucuk aku buat kali ke tiga. dah la bekas ambik darah masa hari sabtu kat tangan kanan hari tu pun masih bengkak lagi. doktor cuma bagi garam je suruh aku minum.dia juga bagi aku MC 2 hari.

hari ni rabu 27.7.2011 aku kembali kerja. aku cuma ambik antibiotik je memandangkan ekin bagitau, terlebih makan ubat nanti dikhuatiri effect pada buah pinggang pulak. aku takut memandangkan memang area tu pun aku sakit. sampai sekarang aku masih fikir, apakah sakit aku. doktor pun tak dapat kesan. tapi badanku tetap jugak rasa lemah. kepala dah takde bunyi berdesing sangat dah. tapi badan ni sekejap ok, sekejap panas balik. Ya Allah, sembuhkanlah hambaMu ini..Ameen..

Wednesday, July 20, 2011

Ku Keliru <*_*>

aku keliru & sungguh buntu...benarkah salahku? memang berat bila pikul amanah ni... aku kena buat bayaran kat ofis, tersalah nombor akaun. aku pun tak faham macamana boleh tersalah sedangkan tiap kali buat keje, mesti aku akan check sebanyak 3 kali data yang aku simpan dalam sistem. adakah salah aku atau sistem yang bermasalah...

semalaman aku fikirkan masalah ni. nasib baik CC tak marah. dia cakap, biasala kita manusia takkan lari dari kesilapan. aku akui apa yang CC cakap, tapi sedikit ralat, dalam check2 pun, masih jugak ada kesilapan. ye, sekarang aku sedar, kita sebagai manusia takkan sempurna. kerja mesti ada cacat celanya walaupun kita berusaha untuk mengelakkan kecacatan tersebut. sesungguhnya kesempurnaan itu hanyalah milik Allah.

namun aku bersyukur kerana berjaya selesaikan masalah tersebut dengan AG. terima kasih kepada Cik Fara yang tak lekang senyuman dibibir, sanggup tolong aku selesaikan masalah ni. dia janji petang ni, duit tu akan masuk dalam akaun pegawai tersebut. baru la tenang hati ni. kalau tak, dari pagi tadi aku gelisah, nak buat keje pun jadi serba tak kena. sesungguhnya aku takutkan kesilapan.

Terima kasih ya Tuhan <^_^>

Tuesday, July 19, 2011

Bersalahkah aku???

sejak berpindah tempat kerja ni, aku jadi dalam dilema pulak. bersalahkah aku???

aku heran betul, kenapa la sekarang ni mudah sangat nak tido. asyik mengantuk je. balik keje je, lepas letak kain dalam mesin basuh & masak, terus mata rasa nak terkatup. Siap je makan & kemas dapur, rasa nak tido je. cepat-cepat aku pegi iron baju & solat isyak. aku suka solat jemaah dengan hubby. tapi time doa tu, mulut je amin, tapi mata dah pejam. tension hubby aku. bersalahkah aku???

dah siap solat tu, nak buka mata pun rasa payah. hubby suruh temankan dia tengok tv.ada masa aku boleh layan & temankan dia sambil lipat baju. ada masa aku lena dengan baju2 tu sekali. kesian betul suami aku takde orang temankan. salahkah aku???

petang semalam rasa penat balik keje & tak masak. dah lama tak ngaji. tapi malam tadi sempat pulak buka naskah Al-Quran. lega rasanya dapat baca ayat suci Al-Quran. dah siap tu teringin nak makan mi bandung, puas la hubby bawak pusing bandar cari kedai yang jual mi bandung. walaupun mi bandung kat situ tak sedap, tapi aku terima je sebab betul-betul terharu suami aku susah payah bawak aku rempit pusing bandar semata-mata nak cari mi bandung. balik je, atas moto aku dah lentok. mata tak boleh buka. sampai je rumah, terus iron baju, solat & tertido. kesian betul hubby kena lipat & sidai baju.salahkah aku??

walaupun hari-hari aku mohon maaf sebab tak mampu jadi isteri yang terbaik untuk dia, tapi dia tetap maafkan aku. aku harap aku dapat jadi isteri yang lebih baik. dapat jalankan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. mungkin sekarang badan aku lemah lagi. aku berdoa agar dikuatkan diri ini untuk terus menempuhi mehnah dan ujian yang mendatang.