Thursday, August 25, 2011

BERBUKA DI PADANG KUANTAN

Petang semalam balik je kerja terus keluarkan ikan dari dalam peti & masukkan air dalam bekas nak bagi ikan tu cair air batu. Berkira-kira nak masak ikan tongkol. Tapi rasa penat je badan ditambah pulak kepala ni berat fikirkan kata-kata bidan yang aku pergi berurut minggu lepas. Aku kena cepat balik urut sebab perut aku keras & mungkin sebab ibu senggugut. kalau terlambat dia takut aku tak boleh ada anak sampai bila-bila. aku dah tak mampu nak menangis. nasib baik ada suami yang selalu hiburkan hatiku. dia ajak aku rilek-rilek dulu sambil sembang-sembang. suami ajak aku pergi beli barang keperluan raya malam nanti & bagi cadangan berbuka di luar. aku pun berlengah-lengah la tak payah nak masak. boleh rehat sikit. lepastu kami mandi dan solat asar berjemaah. sedar-sedar 5 minit lagi pukul 7.. kami pun terus bersiap & aku packing telekung untuk solat maghrib kat masjid nanti.

Aku teringat kawan-kawan kat office baru cakap-cakap pasal berbuka kat padang depan masjid negeri dibelakang office aku. aku pun heran, buat apa la nak susah-susah berbuka kat situ, macam pelik je. rupa-rupanya benda tu dah jadi budaya masyarakat di sekitar kuantan bila menjelang ramadhan. macam unik pulak aku rasa. so, kami buat keputusan nak berbuka kat situ memandangkan bazar pun kat sebelah padang dan lepas berbuka boleh terus solat kat masjid negeri.

Aku dan suami pun terus rempit naik motor, kalau naik kereta memang dah tak sempai. memang jem. sampai je tengok kereta-kereta parking berlapis-lapis. dah kena block kereta diaorang. kami pun menyelit-nyelit dan parking motor betul-betul depan masjid. terus la kami bergegas ke bazar dan beli air mineral dulu sementara nak tunggu pakcik kat gerai tu bungkuskan kami nasi hujan panas. Azan pun berkumandang, kami teguk air mineral sambil berdiri. dah dapat nasi kami, terus cepat-cepat kami dapatkan tempat kat atas padang.

Lautan manusia. memang nampak harmoni bila berbuka ramai-ramai. satu budaya baru yang aku dapat tengok. pertama kali aku tengok budaya berbuka beramai-ramai di tengah padang bola. biasanya aku tengok kat masjid-masjid atau majlis berbuka puasa je. suasana santai macamni memang bagus jugak bila tengok ibu bapa bawa anak-anak berbuka kat situ. lagi pulak lokasi bersebelahan je dengan masjid, boleh terus solat maghrib.

Aku beli nasi dua bungkus, tapi berkongsi satu bungkus je dengan suami memandangkan pakcik tu letak banyak sangat nasi. siap je makan terus pergi solat. tenangnye hati dapat berjemaah kat masjid. dah lama tak berpeluang berjemaah di masjid memandangkan aku selalu penat bila balik kerja. lepas selesai semuanya, kami terus pergi beli barang-barang keperluan. Alhamdulillah, semuanya berjaya kami perolehi. aku pun lega sebab semalam suami memahami aku yang dah kematian idea nak masak apa. memang nak masak ikan tongkol, tapi dah tak tau nak masak macamana. balik umah malam tadi aku pun buang semula air dalam bekas ikan tu dan masukkan dalam peti semula.

Ramadhan yang akan berlalu ini membuatkan aku sedih. Ramadhan kali ni begitu bermakna bagiku kerana hubungan kami suami isteri bertambah erat berkat Ramadhan yang mulia ini. Ku harap agar berkesempatan lagi untuk menjengah ke Ramadhan di tahun hadapan. Di sini ku sisipkan beberapa gambar lokasi aku berbuka puasa semalam. walaupun bukan gambar original aku ambil, tapi ia sebagai attachment je untuk tunjuk kat pembaca semua (^_^)


Bangunan yang tersergam indah ni adalah office aku (Wisma Persekutuan), tapi bukan semua tingkat. Office aku kat aras 7 (JPAM).



Luas jugak bazar ramadhan ni, tapi petang semalam tak sempat nak tawaf semua gerai memandangkan dah sampai semput-semput je masa nak berbuka.

Macamni la suasana kat padang menghadap ke masjid sementara nak tunggu waktu berbuka. masing-masing dah cari port masing-masing.

pemandangan dari atas, tapi macam aku pegi petang semalam rasa lagi ramai. seperti lautan manusia ;-)


selamat berbuka puasa semua


Allahumma lakasumna wabika amanna wa a'la rizqika aftorna birohmatika Ya Arhamarrohim


Allahumma barik lana fii maa rozaqtana waqina a'zaa bannar


Bismillahi a'la wabarokatillah


Amin....

No comments:

Post a Comment